Sunday, January 31, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI BULOH







MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30
Tarikh : 31 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat : Auditorium Hospital Sungai Buloh
Perasmi
Pn.Missiah binti Sanusi
Penyelia Kanan HEM,PPD Gombak


Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.Inilah tanggungjahwab anda terhadap sekolah, sama-sama menyumbang untuk kecemerlangan sekolah.
Kepada AJK PIBG 2010/11 selamat bertugas dan tahniah
atas perlantikan itu.


Friday, January 29, 2010

PROGRAM AKADEMIK



KELAB ZOOM A SK.SUNGAI BULOH


Tarikh : 29 . 1.2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kelas 6 Mawar
Taklimat penggunaan Zoom A serta pemberian no ID dan password telah diberikan murid yang telah mendaftar. Setakat ini seramai 35 orang telah mendaftar sebagai ahli Zoom A SK.Sungai Buloh.
Cikgu harap kepada semua yang berdaftar dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin.Gunalah di masa lapang.
Peluang belajar di mana-mana saja.

MINGGU ORIENTASI GURU-GURU BARU


GURU-GURU BARU SK.SUNGAI BULOH
Selamat datang dan selamat bertugas guru-guru baru posting serta yang baru berpindah ke SK.Sungai Buloh.
Taklimat mengenai budaya dan iklim sekolah telah disampaikan oleh En.Abdul Rahman Idrus,PK.Pentadbiran,Disiplin sekolah oleh Cikgu Mohamad Nor Sharif dan Profil Sekolah oleh Cikgu Hafiz Bakhtiar.
SELAMAT DATANG
Cikgu Azrizal,Cikgu Azwahida,Cikgu Nor Sharizan,Cikgu Rusmina,Cikgu Zubaidah dan Cikgu Nor Amira.
TAHNIAH.

PERKEMBANGAN STAF


PERKEMBANGAN STAF BIL 1/2010
Panitia : Matematik
Tarikh : 9 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa :8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat :Bilik Kesidang,SK.Sungai Buloh
Tajuk
Sistem Permarkahan Matematik Kertas 2 dan Perkongsian teknik P&P dalam Matematik.
Perasmi
En.Abdul Rahman Idrus -PK.Pentadbiran
Penceramah Dalaman
Pn.Nor Azizah Othman - KP Matematik,
Pn.Wan Pidura Wan Ali dan Pn.Faridah Majid.
Tahniah kepada Panitia Matematik.

PERHIMPUNAN SETIAP PAGI



MEMBACA "VOCAB"

Pn.Letchumy memberi hadiah kepada beberapa murid yang berjaya membina ayat berdasarkan Vocub yang diberikan.
Tahniah kepada murid yang berani ke hadapan untuk membina ayat.


Minggu ini Pn.Letchumy telah membawa BBM ke tapak perhimpunan
untuk memotivasi murid membina ayat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Tahniah,teacher Letchumy atas usaha murni ini.
Kepada semua murid SK.Sungai Buloh
gunakan peluang ini menambahkan ilmu
di dada.

MESYUARAT PENYELARASAN GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA DAERAH GOMBAK


MESYUARAT PENYELARASAN GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA
Tarikh : 19 Januari 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.30 ptg
Tempat : Bilik Latihan,SK.Taman Prima,Selayang
Kehadiran : Semua Guru Bimbingan Sepenuh masa Daerah Gombak
Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Gombak ,Pn.Dayang Fatimah binti Abang Narudin,Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) dan
Encik Abdul Aziz Ismail ,Pegawai Kaunseling HEM.
Mengucapkan selamat datang kepada GBSM yang baru posting di Daerah Gombak dan mengharapkan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di daerah ini.


CERAMAH PENGURUSAN MASA




MOTIVASI TAHUN LIMA - 2010
PENGURUSAN MASA
Tarikh : 28 Januari 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Buluh Perindu Sk.Sungai Buloh
Penceramah Jemputan : Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini
IQ Class Management

Semua murid tahun 5 terlibat.Terima kasih kepada semua murid tahun kerana memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang ceramah dan terima kasih juga kepada guru-guru tahun 5 yang turut membantu menjayakan program ini.



Tuesday, January 26, 2010

MAJLIS DIALOG IBU BAPA BERSAMA GURU-GURU TAHUN 6 - 2010




AKTIVITI MAJLIS DIALOG IBU BAPA BERSAMA GURU-GURU TAHUN 6
Tarikh :16 Januari 2010 ( Sabtu )
Masa :8.00 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Buluh Perindu SK.Sg.Buloh
Kehadiran : Semua ibu bapa murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6.
Turut Hadir : NYDP PIBG - Pn.Nor Hayati

Kerjasama dan sokongan ibubapa amat kami , pihak sekolah sanjung tinggi.Diharap ibu bapa yang hadir ini akan terus memberi sokongan padu kepada atas usaha guru-guru di sekolah ini. Kami amat terharu atas kehadiran ibu bapa dalam majlis dialog ini.
Terima kasih semua,guru-guru tahun 6 . InsyaAllah target kita pada tahun ini untuk mencapai 70% lulus akan dimakbulkan. Amin....





MOTIVASI DALAMAN - TAHUN 6


MOTIVASI DALAMAN UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6

Tarikh : 8 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Buloh Perindu,SK.Sungai Buloh
Penceramah : Ustaz Jakaria Ahmad
Perasmi : Tn.Hj.Zulkifli Hj.Hainin - Guru Besar SK.Sg.Buloh

Program Tahun 6 - 2010


Program Tahun 6
Aktiviti Makan Vitamin
Kerjasama
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)- YDP Dato Abd Razak Kechik
Unit Peningkatan UPSR
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
bermula 6 Januari 2010 untuk semua murid tahun 6 setiap hari.


LAWATAN DELEGASI GURU-GURU DARI INDONESIA



Kem Kepimpinan Pengawas Tahun 2007




Kenangan di Kampung Haji Dorani, Sabak Bernam.

30 - 31 Mac 2007

Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Kerjasama

Unit Disiplin

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh