Sunday, April 18, 2010

PENGUMUMAN

PROGRAM ANAK GEMILANG 2010
Pertemuan dengan Mentor - Abang dan Kakak UIA Gombak pada 8 Mei 2010.
Seperti yang dirancang ada pertandingan antara sekolah yang terlibat dengan UIA Gombak.
Apa-apa pun program ini akan dimaklumkan kemudian.
PEMBELIAN T SHIRT ANAK GEMILANG
Setakat ini seramai 40 orang murid telah menjelaskan bayaran untuk T shirt.T shirt telah siap dan akan diserahkan sebaik saja abang dan kakak mentor menyerahkan kepada Cikgu Wan.
ANAK-ANAK TAHUN 6 - 2010
Anak-anak Tahun 6, akan menduduki peperiksaan dalaman sekolah untuk kali ke-3,pada:
Tarikh : 27,28 dan 29 April 2010
Cikgu harap semua murid tahun 6 sentiasa bersedia menghadapinya. Harapan cikgu , keputusan peperiksaan akan terus meningkat.
PROGRAM MOTIVASI ELIT
Kepada murid-murid tahun 5 dan 6 yang berminat untuk menghadiri Motivasi Luar
bersama Pusat Motivasi Elit ( Dr.Shabudin ) dengan kadar bayaran sebanyak RM60,
sila serahkan borang penyertaan sebelum 22 April 2010 kepada Cikgu Wan.
PROGRAM SEORANG MURID SATU AKAUN
Kepada ibubapa atau murid yang belum mendapatkan buku akaun Tabung Haji, yang telah mendaftar dengan Tabung Haji harap dapat memaklumkannya segera kepada Cikgu Wan.
oleh,
Cikgu Wan Pidura.

LAWATAN KE KOLEJ TUNKU KHURSIAH


Pertukaran cenderamata antara sekolah sebagai tanda persahabatan antara 2 sekolah.

Gambar kenangan di Kolej Tunku Khursiah, Seremban.

Kelihatan cikgu wan sedang menandatangani buku pelawat TKC.

LAWATAN KE KOLEJ TUNKU KHURSIAH
Selesai lawatan ke SDAR, kami rombongan SKSB
bergerak pula ke Kolej Tunku Khursiah.

PROGRAM SEORANG MURID SATU AKAUN

PROGRAM SEORANG MURID SATU AKAUN
TARIKH : 24 MAC 2010
HARI : RABU
MASA : 12.00 T/HARI - 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mempunyai tabungan sendiri.

Kemudian kehadiran kali ke-2 untuk menyerahkan buku akaun kepada murid dan ibubapa yang telah membuka akaun.
Hampir 313 orang telah membuka akaun bersama dengan Tabung Haji. Tahniah diucapkan.
Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 12.00t/hari - 4.00 petang
Tempat : Kantin SKSB
Datang kali ke-3, untuk menyerahkan buku akaun bagi yang belum sempat mengambilnya.
Terima kasih sekali lagi atas kerjasama ini.

SMART A - 2010 # LAWATAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Guru Pengiring Cikgu Salwa.Cikgu Azizah,Cikgu Wan n Cikgu Mohd Noor Yunus.


5 A, harapan mereka.Berusahalah, insyaAllah ada kejayaannya.

Kenangan Di Sekolah Dato' Abdul Razak,Seremban.
Suasana di sekitar bilik darjah ,bilik muzik dan papan kenyataan.

Cikgu bangga melihat kelas mereka yang dihias cantik dan teratur dan mempunyai
daya kreatif yang tinggi.
LAWATAN KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK,SEREMBAN
TARIKH : 10 APRIL 2010
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI - 2.30 PETANG
TUJUAN ;
1. Pendedahan kehidupan di sekolah berasrama penuh yang penuh dengan peluang dalam pelbagai bidang.
2. Meningkatkan motivasi untuk berusaha lebih berjaya dalam pelajaran.
GURU PENGIRING ;
Pn.Wan Pidura,Pn.Salwa,Pn.Nor Azizah,Pn.Faridah ,En.Azerizal dan En.Mohd Noor Yunus.

Saturday, April 3, 2010

PEMANTAUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING



PEMANTAUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tarikh : 30 Mac 2010
Hari : Selasa
Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Abdul Aziz Ismail, Pegawai Kaunseling HEM,PPD Gombak Pemantauan penuh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan dijalankan.
Dengan rasa gemuruh , saya, Cikgu Wan Pidura dan Cikgu Salwa telah bersedia dengan seadanya.Kami telah bersedia untuk ditegur ataupun dipuji.
Alhamdulillah, pemantauan berjalan dengan baik.Kami di pantau dengan menggunakan
E- PANTAU. Malangnya Cikgu Azrizal tiada pada hari tersebut kerana bertugas di Stadium Selayang untuk Program Olahraga Daerah.
Ada beberapa perkara yang perlu kami tambah baik lagi untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK.Sungai Buloh. Secara keseluruhan Encik Abdul Aziz memang berpuas hati.